Tuesday, 11 December 2012

12.12.2012

Ramai yang kecoh hari ni 12.12.2012.Memang cantik tarikhnya.Tapi aku cuma ingat satu perkara jer 12.12 ni birthday ma.Walaupun ma dah tak ada, walaupun dah tak boleh celebrate sama tapi tetap rasa nak ajak cik onn pergi celebrate.

P/S : mesej untuk ma

1.Orang dah 3 tahun jadi lawyer macam ma nak
2.Orang tak kahwin lagi..mungkin belum ada jodoh
3.Orang hidup baik-baik macam ma nak
4.Orang dah tak marah-marah macam dulu-dulu
5.Orang dah pandai masak ikan singgang macam ma selalu buat
6.Orang cuba masak macam ma masak tapi rasa tak sama
7.Orang makin berisi..tah2 nanti baju2 ma dalam almari tu dah boleh pakai nanti
8.Orang bahagia...walaupun tiap hari orang rindukan ma
9.Lupa...hehehe..pinggan mangkuk ma sume dah orang letak dalam almari baru..dont worry orang belanja

Ma walaupun ma dah tak ada dengan orang, orang janji :

1.Akan jaga adik-adik elok2
2.Akan rajin mengaji dan tak tinggal solat
3.Akan hormat orang tua tak kira siapa dan macam mana dia layan orang
4.Tak akan cakap kasar dengan sesiapa pun
5.Akan selalu ada untuk family
6.Akan cari suami yang baik (hehehe..)
7.Akan jaga nama baik ma
8.Akan selalu buat baik pada orang lain
9.Akan cuba selalu buat ma bangga sebab ada orang
10 Akan selalu doakan ma dan semua orang

Kalau nak tulis memang banyak pesan ma, tapi orang tahu ma nak orang jadi orang baik, anak baik...ma semoga ma bahagia kat sana, semoga ma selamat dunia dan akhirat semoga Allah pertemukan kita di akhirat nanti...sebab..... orang rindu sangat pada ma...sayang sangat pada ma....kalau orang boleh ada ma lain pun..orang cuma nak ma sorang jer...al-fatihah

Monday, 24 September 2012

Blog da berhabuk..hehe

Cik Onn mesej tanya bila nak update blog ..yela..yela..tahu skill x cukup lagi tapi da curi tulang malas nak update blog ..hehe..sebenarnya bukan tak nak update tapi sangat-sangat busy..ada banyak bicara and macam tak terkejar jer..nak kata sampai tak ada masa lansung tak ada la..lebih kepada malas sebenarnya..hoho..

Saat ni sangat-sangat merindui anak-anak di seremban dan di keratong..anak-anak dah semakin besar...semakin pandai..semakin nakal juga..mak tam jerit-jerit pun dia orang macam tak takut dah..hehe..tambah lagi our newborn..Adam Amsyar..anak along ke 6..well done along..sempat lagi tambah seorang hero walaupun banyak komplikasi semasa mengandung..mak tam?..hoho..kena tunggu lagi sebab belum jumpa pak tam nyer..


Tuesday, 3 July 2012

Max Factor oh Max Factor..

Semalam balik kerja aku, cik onn , angah awanis dan rose menuju ke jusco maluri sebabnya nak teman angah awanis cari baju kerja..hari ni ada interview katanya..memula memang malas nak pergi tapi dia kata kalau dia masih menggangur maka adalah menjadi salah kami sebab tak nak teman dia cari baju kerja untuk interview..hoho..dia juga menyogok kami dengan menggoreng keropok lekor yang dia beli masa pergi hantar thesis kat dungun ujung minggu lepas..siap dengan tea o lagi..aku rasa dia memang akan terus menyogok kami bila cerita shaheizy sam "8 Jam" tu keluar ...memang aku tak sanggup nak pergi tengok cerita tu juga tak sanggup nak tengok dia meroyan sebab tak pergi tengok..adeh..owh kami ada hobi baru sekarang..sementara tunggu nak tengok movie kami akan pergi karaoke dulu..walaupun cap ayam bilik nyer tapi ok la..cik onn suka menyanyi dan akan menyanyi paling banyak lagu..hohohoho..


Semalam lepas teman angah awanis beli baju dan makan memang niat murni kami ni nak balik rumah terus tengok tv tapi....cik onn dari kejauhan dah nampak booth max factor..okay kami memang singgah..cik onn macam bese akan try foundation sebab aku cakap tahun ni aku tak dak hadiah birthday untuk dia jadi aku belanja dia rm100 untuk dia beli pape yang dia nak..memang dia make use..hohoho..hasil persuade by ros and angah juga layanan superb promoter tu cik onn telah membeli foundation, 2 way lipstic (if tak silap aku..ada 2 warna)..blusher..(okay ini memang rose yang suruh sebab dia kata blusher tu colour cantik pada cik onn..padahal rose memang gila blusher okay)..hahaha..pastu promoter tu cakap if cukupkan RM150.00 dia bagi free mascara dengan pewarna kuku 3 colour ..angah awanis pulak yang pujuk cik onn beli sampai RM 150.00 so angah cakap dia beli lipstic nak cukupkan..so dapatlah barang2 free tu..aku rasa if memang pakai berbaloi jer sebab semua barang tu tengah half price katanya..entah betul ke tak aku pon tak tahu..yang penting hutang aku pada cik onn dah settle..hehehe..

Sunday, 17 June 2012

Projek apam eno bersama angah & Onn..

Punyalah boring cuti sabtu ahad ni sampai aku, angah dan onn decided nak buat kuih..kalo bab kuih ni aku memang surrender..memang tak reti lansung..tapi 2-3 hari ni tekak ni memang teringin betul nak makan kuih apam tepung beras macam yang along selalu buat tapi memang tak sampai hati nak suruh buat sebab along dah sarat sangat nak bersalin..so berbekalkan keberanian dan internet (hohohoho..macam nak berperang jer) kami mulakan projek kami..kami bancuh tepung sabtu malam dengan harapan ahad pagi dah boleh kukus untuk buat sarapan..pagi tu pukul 7 pagi aku dan onn dah bangun untuk kukus kuih..kukusan pertama alhamdulillah..apam tu naik dengan cantik..masuk kukusan kedua baru jer letak dlm 3 minit gas pulak habis..cik onn telefon gas petronas untuk hantar tapi dia orang tak buat penghantaran hari ahad..masa tu aku dah panik sebab apam dah letak po..aku bukak tutup dia aku tengok apam tu dan naik..dah pecah pon..dalam hati aku..habis la..mesti turun balik sebab apam tu tak masak lagi..aku tutup balik tudung pengukus tu dan iarkan jer atas periuk kukus tu sebab air masih mendidih masa gas habis...harap2 kuih2 tu dapat haba dari air yang mendidih tu walaupun api dah padam..hohoho..kira2 sejam jugak baru onn turun pergi kedai mintak dia orang hantar gas..dalam masa 15 minit gas sampai..kami terus pasang gas dan teruskan kerja-kerja mengukus yang tertunda tu..

Masa mengukus yang di ambil ialah 15 min sahaja..tapi 15 minit tu cukup buat aku suspen untuk tengok apa jadi dengan apam kukusan ke-2 kami ni..cukup 15 minit aku angkat dan tengok..alhamdulillah masih naik dan pecah dengan cantik..bagi aku ni kira kejayaan la sebab ni 1st time buat...hohoho

Aku tampal resepi kat bawah ni so that orang-orang yang baru  belajar macam aku dapat buat apam ni..memang senang cuma kena follow betul-betul resepi yang di beri..takut tak jadi..resepi ni aku copy dari myresepi..

Bahan-bahan ( 40-45 biji )

  • 300g tepung beras
  • 8-10 sudu besar gula pasir  
  • 1 sudu besar yeast (aku guna mauripan jer)
  • 280-300ml air
  • 3 sudu kecil eno (warna biru) utk 3 warna berbeza (1 sudu kecil utk 1 bahagian)
  • pewarna merah, hijau

Cara-cara

  1. tepung dibancuh dgn air sdikit². kemudian dimasukkan yeast dan gula. kacau sebati.
  2. bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. (bancuh malam, kukus keesokan pagi)
  3. bancuhan tepung itu dibahagi 3. satu letak warna merah, satu letak warna hijau dan satu lagi dibiarkan warna asal.
  4. masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.
  5. smentera itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan apam skejap dlm periuk kukus. dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.
  6. bolehla dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dicampur dgn sdikit garam. (seeloknye kelapa parut itu dikukus sbentar supaya tak cepat basi)
P/S    Make sure masa nak kukus air kena betul2 mendidih..api mesti besar...jangan kukus banyak adunan  dlm masa yang sama...aku tak ada pun warna hijau tu..so dua colour jer..putih dan merah..jadi aku adjust eno tu jadi 2 sudu kecik jer..bila dah letak eno ..aku perasan yang adunan tu akan jadi berbuih dan naik bila lama sangat tunggu turn nak kukus..aku try kukus sikit dan aku tengok tekstur kuih apam tu jadi tak cantik..banyak ruang udara..so apa yang aku buat is aku kacau adunan tu biar dia turun semula..kira-kira sampai adunan tu kurang berbuih baru aku kukus semula..so hasilnya ok..aku tak tahu kalau ada cara lain..tapi ini yang aku buat..dan 1 lagi kena make sure acuan nak letak adunan tu kena ada banyak sebab lama betul nak tunggu sejuk dan baru boleh keluarkan apam tu..kalau keluarkan masa panas2 melekat sebab aku guna yang plastik jer..

Sunday, 3 June 2012

13 tahun yang tak ada makna..

Pernah dengar istilah lelaki dan perempuan tidak boleh jadi kawan baik?..bagi aku perkara ni mungkin betul..at least untuk aku aku benda ni betul..13 tahun berkawan..tetiba dia nak ubah jadi lebih istimewa..lebih serius..lebih rapat..ok give it try..tapi bila dia merasakan yang perlu untuk serius..perlu untuk beri komitmen..perlu untuk lebih prihatin dan mengambil berat..di katakan yang kita cuba untuk ubah diri siapa dia sebenarnya..mulalah bergaduh dan saling terluka..macam persahabatan selama 13 tahun tu dah tak ada makna lansung..

Then bila kita cakap let's end all this nonsense dia pun setuju..tanpa ada 2nd thougt..(habis apa jadi dengan perasaan cinta..sayang..rindu sebelum ni ?)..bila kita mula diamkan diri..mula jauh..just untuk heal hati kita yang dah terluka tu..dia katakan kita dah buang dia..dah lupakan persahabatan selama 13 tahun tu..tanpa sedikit pon terfikir yang adakah kita ni terluka atau kecik hati sebab sekejap di cintai sebagai perempuan..sekejap kita cuma kawan baik..

Lagi teruk bila kisah cinta sahabat ni jadi tak ada penghujung..terus berjumpa..sms..chattting..dan dia terus berharap status quo ni akan kekal..kita akan terus jadi pendengar paling setia..akan sentiasa atas nama persahabatan..kita akan terus memberi komitmen sebagai kawan...tak kisah la kalau kat wall paper hp dia ada gambar perempuan lain..tak kisah la kalau dia seronok cerita pasal gf baru dia..kita cuma boleh dengar..tak boleh melatah..alasan nya..kita deserve yang terbaik..bukan dia yang mudah berubah hati..kerana dia lagi cintakan persahabatan..tak nak kita terluka ..(macam sekarang tak terluka jer )..

Kalau orang kata sakit hati..fahamlah dengan situasi macam ni sakit tu memang kat hati..persahabatan yang macam ni..tak tahu samada perlu diteruskan atau tidak..tapi bagi aku..ada baiknya tak perlu wujud lansung..so that hubungan persahabatan tu tak akan tercemar..tak sepatutnya kita jadikan kawan kita apa yang kita nak sahaja..sebab percayalah itu sebenarnya melukakan hati dia juga..kalau kita harap menerima sesuatu dari hubungan tu..dia juga berhak untuk dapat sesuatu dari kita..13 tahun pun tak ada maknanya kalau kita gagal untuk faham konsep ni..

Saturday, 26 May 2012

Nasi Berlauk

hari ni bangun dengan semangat berkobar-kobar untuk memasak nasi berlauk..hoho..dah kat memang darah kelantan tu ada..tetap la rasa nak makan nasi berlauk pagi-pagi hari ni..sebenarnya nasi berlauk ni cumalah nasi putih yang dimakan bersama gualai ayam,ulam timun dan sambal garam...resepi nanti aku tepek..tengah sibuk nak mengirim barang dari anak sedara yang sedang training di korea..hohohoi

Tuesday, 24 April 2012

Hidup ni macam drama..

Hidup manusia ni memang ada pasang surut..ada time happy..ada juga time sedih..bila kita tengok cerita dalam Tv kita akan tertanya-tanya..ada ke cerita yang happy sangat macam ini..atau ada ke orang yang jahat sangat macam ini..tapi dalam dunia ni ada ramai orang..tiap orang dengan kisah masing-masing..ambil salah satu dari kisah ni..buat drama..pada yang menonton ..akan tertanya-tanya wujud ke hidup yang macam ini.

Bila tengok TV memang akan ada cerita pasal seorang pekerja yang dikenakan oleh officemate dia..juga ada juga cerita bila si A ni buat kerja..si B yang akan dapat nama..ataupun cerita pasal si A terpaksa buat kerja si B..if benda ni tak jadi pada diri sendiri memang aku sendiri rasa drama dalam TV ni cumalah lakonan semata-mata..kejadian yang jadi pagi ini betul-betul buat aku naik marah..seorang staff datang jumpa aku minta tolong draftkan surat sebab si polan ni yang sepatutnya mendraft surat tersebut tapi si polan ni suruh staff ni pula yang draft surat tu..padahal staff itu adalah staff bawahan dia..mungkin kedengaran remeh jika aku cuma berkira pasal draft surat tapi hal ini bukan lagi remeh bila si polan ni dengan confident nya cakap pada boss  "Boss, surat yang boss minta I draft, i dah buat and put on your table"...but bila boss dah approve tetiba dia cakap pula "patutnya surat ni tulis macam ni........".bagi aku dan staff ni yang sama-sama dengar cakap dia ni..aku rasa sungguh tak sangka..hmmm..hidup ni memang drama..

Friday, 20 April 2012

FRIED MACARONI



Arini tengah sibuk buat submission untuk kes minggu depan tetiba dapat call dari sorang kawan yang bertanyakan macam mana nak goreng macaroni yang simple yet delicious..pelik sebab si polan ni bukan la selalu call aku n memang la terkenal dengan kemalasan memasaknya...rupa-rupa...nak pergi picnic dengan cik abe..hehehe...aku tanya dia balik macam mana dia terfikir pasal aku pulak..alasan dia mudah saja..sebab ko pernah uplot kat fb..ok fine...aku kata nnti aku msg resepi dia..

Sebenarnya aku bukan la kategori pandai masak dan suka memasak...tapi besties aku cik Onn memang suka makan pe jer yang aku masak..aku syak bukan sebab sedap sangat tapi sebab dia cuba untuk elak turn memasak..hohoho...sib baik suka menyumbang kudrat untuk mengemas sumer yang aku sepah...

Aku tepek kat sini resepi macaroni ala aku...(which nok ros yang ajar aku)...Bagi aku, aku suka versi ni sebab tak muak sgt n simple..lagipon tekak aku n cik onn ni tekak melayu..kena ada unsur-unsur kemelayuan sikit..hohoho..dan aku nak tulis entry sbb dah lama blog ni aku biarkan dek kerana kekangan masa aku yang makin ari makin malas nak tulis..hohoho..

Fried Macaroni  (3-4 orang makan)

BAHAN-BAHAN

1.   Macaroni                       1/2 paket ( aku guna half sebab nnti benda ni kembang jadi banyak)
2.   Daging cincang ramly     1 paket  (cik onn suka makan daging so aku letak sepaket terus...)
3.   Carrot                           1 Batang  ( Dice..nak letak brocoli or mushroom pon ok..ikut suka)
4.   Bawang Besar               1 labu besar  (dice la..if kecik bawang tu letak la 2 )
5.   Cili Api                         3 Biji  ( Ketuk jer..nak pedas letak lebih..tak nak..xyah letak )
6.   Bawang Putih                3 Ulas (Ketuk jer)
7.   Chicken Ball                  Ikut suka ( yang ni aku letak sebab aku suka..hoho)...goremg dulu
8.   Garam                           Secukup Rasa
9.   Gula                              Secukup Rasa
10. Serbuk Perasa               Secukup Rasa ( if xnak pon xpe)
11. Minyak                          agak2 boleh tumis bawang


CARA-CARANYA

1.   Rebus macaroni dengan sesudu minyak masak (untuk elakkan macaroni melekat)..dah kembang angakat ..toskan..ketepikan dulu

2.   Panaskan minyak ..tumis bawang merah..bawang putih sampai layu dan kekuningan...kemudian barulah letak daging cincang ramly yang di basuh bersih.

3.   Tunggu sampai kering air daging tu..kemudian masukkan cili api ...carrot...letak garam..gula ..serbuk perasa...tunggu sampai daging dah masak...then masukkan macaroni yang dah direbus tadi..kacau rata..masukkan chicken ball...ready untuk makan...

P/S   Masing-masing ada selera dan cara masak sendiri..bagi aku yang simple macam ni aku suka...terpulang pada kesukaan masing-masing..



Wednesday, 28 March 2012

Abandon..

Macam ni la aku kalau ada blog..lama kelamaan blog ni kan abandon macam tu jer..untuk memastikan blog ini tidak akan terbiar maka aku tulis juga entry ni..hohoho..macam ada orang peduli blog aku update atau tidak...hujung minggu ni akan pergi colmar tropicale di bukit tinggi..pertama kali pergi holiday dengan family onn..kinda nervous tapi aku tak sabar juga..rindu kat anak2...okeh akan update lagi bila ada idea..

Thursday, 8 March 2012

Masih dlm mood MC

Semalam aku MC..hari ni masuk ofis just untuk ambil file untuk kes hari isnin ni..tengok file yang lagi tinggi dari aku atas meja terus rasa nak demam semula..huhu..esok akan pergi family day dengan onn dan berharap yang sume sakit ni akan hilang menjelang esok..insyaallah..

Monday, 5 March 2012

Tertinggal..

Hari pukul 6.00 am dah siap-siap untuk pergi court.Semuanya macam smooth jer.Aku bangun, bersiap dan kejutkan onn.Dalam hati cuak juga nak keluar awal-awal pagi sebab banyak sangat kejadian rompak kat area rumah aku ni tapi nak buat macam mana sebab printer kat rumah tak ada ink dan aku kena print submission dan hantar pagi ini pukul 9.00am so terpaksalah aku pergi court awal.

Niatnya nak print submission dulu baru breakfast tapi bila aku cek balik submission aku..rupa-rupanya tertinggal 1 otoriti..huhu..terpaksa beli Evidence Act pula.Dah siap aku print, binding aku dengan nak cepatnya pergi kaunter untuk bayar.cari-cari dalam beg..damn..wallet aku tertinggal kat rumah..

Tengok hp..ada 7 misscalled dari Onn.Nasib baik dia tak pergi ofis lagi..terpaksa la aku merayu kat dia suruh datang hantar wallet aku.Dalam masa yang sama aku berpeluh..nervous nak cakap aku nak hutang dulu..malu kot..huhu..tapi aku explain la yang aku tertinggal wallet kat rumah dan disebabkan aku selalu beli paper kat kedai ni..so dia kata dia tak kisah aku hutang dulu.

Aku dengan rasa malu yang teramat-sangat ambil submission aku dan terus naik atas.Breakfast pon tak la..sebab duit pun tak ada..nasib baik onn datang cepat...Rasa frust dengan diri sendiri sebab tak cek dulu beg sebelum pergi kerja...terpaksa hutang dulu dekat kedai...dan onn pulak terpaksa ambik half day sebab  stuck dalam jammed nak balik ofis dia..

Sunday, 4 March 2012

PERKESO

Semalam odw balik dari rumah onn aku singgah sekejap rumah kak nomi kat senawang untuk update story dengan kak nomi (ehem..sebenarnya gosip)..hehehe...dalam banyak-banyak cerita tu yang paling menarik perhatian aku ialah pasal PERKESO/SOCSO..Kak Nomi tanya adakah waris (bagi kes yang pencarum meninggal) akan dapat bayaran dari perkeso tu taip-tiap bulan untuk seumur hidup..hmm..aku pun tak sure pasal hal ni sampai la hari ini aku godek-godek website PERKESO ni..rupa-rupanya banyak yang boleh kita tahu dari website ni..antaranya :
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Faedah Pengurusan Mayat  -  (Ini untuk kos pengurusan jenazah sahaja yang mana perkeso akan bayar juga pada waris )


RM1500 akan dibayar kepada pencarum yang meninggal dunia akibat bencana kerja atau semasa terima faedah hilangupaya kekal berkala yang mana bayaran akan dibuat kepada waris-waris.Jika tak ada waris bayaran adalah kepada orang yeng menguruskan pengebumian.


Jumlah yang dibayar adalah samada ikut jumlah sebenar perbelanjaan @ RM1500 (mana-mana yang lebih rendah berdasarkan resit yang dikemukakan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berbalik pada soalan kak nomi tadi..kat website ni juga ada inform jadual pembayaran yang aku kira agak lengkap dan mudah difahami...ops lupa ..mana-mana yang nak tahu lebih lanjut boleh search di http://www.perkeso.gov.my/ms/faedah-orang-tanggungan.html


Kat bawah ni jadual pembayaran yang aku cakapkan tadi..untuk kepastian boleh tanya PERKESO sendiri sebab ini pon aku ambil dari website PERKESO juga.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekiranya pekerja meninggal dunia akibat bencana kerja, orang-orang tanggungan berhak menerima faedah ini.


Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar
90% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Tertakluk kepada minimum RM 10.00 sehari (untuk pekerja bergaji kurang daripada RM10.00 sehari) manakala kadar maksimum adalah RM 88.50 sehari.


Cara Tuntutan
i- Jika ada balu, duda atau anak, pemohon hendaklah menyerahkan:-
• Borang Permohonan (Borang 24)
• Sijil Kematian Pekerja*
• Sijil Kelahiran bagi semua anak*
• Sijil Daftar Perkahwinan/Sijil Nikah*
• Kad Pengenalan balu/ duda (mana berkenaan)*
• Nombor dan salinan buku akaun bank pemohon
*Sila bawa bersama salinan asal untuk pengesahan PERKESO


Pembahagian Faedah
Berikut adalah pembahagian syer mengikut keutamaan:-
TanggunganBahagi atas kadar harian penuhSyarat
Balu atau Duda3/5Terima faedah seumur hidup meskipun balu atau duda berkahwin semula mulai atau selepas 1 Mei 2005
Anak - Semua anak yang memenuhi syarat layak mendapat faedah termasuk anak kandung, anak tiri yang disara, anak angkat atau anak luar nikah.2/5Terima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal). Jika sedang belajar di IPT, terima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal). Bagi anak yang terencat akal atau cacat anggota dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, terima faedah selama anak itu tidak berupaya menyara kehidupannya.


ii- Jika Orang Berinsurans meninggal dunia dan tidak meninggalkan balu atau duda atau anak, faedah orang tanggungan hendaklah dibayar kepada:
Tanggungan
Bahagi atas kadar harian penuh
Syarat
Ibubapa4/10Terima faedah seumur hidup
Adik-beradik3/10Terima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (yang mana lebih awal)
Datuk nenek (Sekiranya ibubapa tiada)4/10Terima faedah seumur hidup


iii- Jika tiada balu, duda atau anak yang layak, pemohon hendaklah menyerahkan:
• Borang Permohonan (Borang 24)
• Sijil Kematian Pekerja*
• Sijil Kelahiran pekerja yang meninggal dunia*
• Sijil Kelahiran kesemua adik-beradik (jika berkenaan)*
• Kad Pengenalan ibu/bapa atau penjaga atau nenek (jika berkenaan)*
• Nombor dan salinan buku akaun bank pemohon
*Sila bawa bersama salinan asal untuk pengesahan PERKESO

Friday, 2 March 2012

Ikan Bakar Taman Maluri

Hari ni duduk-duduk kat ofis aku teringin nak makan ikan bakar...ada orang bgtaw yang ikan bakar dekat belakang istana negara sedap..tapi bila memikirkan hari jumaat dan waktu lunch aku memang tak sanggup la nak drive ke sana..then aku teringat satu kedai makan tengah hari yang jual ikan bakar dekat Jusco Taman Maluri.Thanks la pada boss yang kenalkan kedai ni pada aku..hehehe


Dari ofis aku drive pergi ambik angah dekat ofis..Jalan dah jammed dari depan Prince Court Hospital sampai la ke bulatan kg.Pandan..huhu...seksa betol..tapi demi ikan bakar aku gagahkan juga..sampai sana memang kedai ramai orang tapi nasib baik ada juga rezeki kami nak makan ikan bakar hari ni..


Kepada yang nak pergi kedai makcik ni bukak waktu makan tengah hari..tak silap aku isnin-jumaat..sabtu aku x sure..location betul2 belakang jusco maluri..ada Pizza Hut juga kat belakang Jusco Maluri ni..Dari Pizza Hut tu dah boleh nampak kedai makcik tu kat corner tu..ada orang jual pisang goreng and ada stall burger juga depan kedai makcik tu..masih belajar nak letak gambar ni..adeh..hehe

Thursday, 1 March 2012