Sunday 4 March 2012

PERKESO

Semalam odw balik dari rumah onn aku singgah sekejap rumah kak nomi kat senawang untuk update story dengan kak nomi (ehem..sebenarnya gosip)..hehehe...dalam banyak-banyak cerita tu yang paling menarik perhatian aku ialah pasal PERKESO/SOCSO..Kak Nomi tanya adakah waris (bagi kes yang pencarum meninggal) akan dapat bayaran dari perkeso tu taip-tiap bulan untuk seumur hidup..hmm..aku pun tak sure pasal hal ni sampai la hari ini aku godek-godek website PERKESO ni..rupa-rupanya banyak yang boleh kita tahu dari website ni..antaranya :
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Faedah Pengurusan Mayat  -  (Ini untuk kos pengurusan jenazah sahaja yang mana perkeso akan bayar juga pada waris )


RM1500 akan dibayar kepada pencarum yang meninggal dunia akibat bencana kerja atau semasa terima faedah hilangupaya kekal berkala yang mana bayaran akan dibuat kepada waris-waris.Jika tak ada waris bayaran adalah kepada orang yeng menguruskan pengebumian.


Jumlah yang dibayar adalah samada ikut jumlah sebenar perbelanjaan @ RM1500 (mana-mana yang lebih rendah berdasarkan resit yang dikemukakan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berbalik pada soalan kak nomi tadi..kat website ni juga ada inform jadual pembayaran yang aku kira agak lengkap dan mudah difahami...ops lupa ..mana-mana yang nak tahu lebih lanjut boleh search di http://www.perkeso.gov.my/ms/faedah-orang-tanggungan.html


Kat bawah ni jadual pembayaran yang aku cakapkan tadi..untuk kepastian boleh tanya PERKESO sendiri sebab ini pon aku ambil dari website PERKESO juga.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekiranya pekerja meninggal dunia akibat bencana kerja, orang-orang tanggungan berhak menerima faedah ini.


Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar
90% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Tertakluk kepada minimum RM 10.00 sehari (untuk pekerja bergaji kurang daripada RM10.00 sehari) manakala kadar maksimum adalah RM 88.50 sehari.


Cara Tuntutan
i- Jika ada balu, duda atau anak, pemohon hendaklah menyerahkan:-
• Borang Permohonan (Borang 24)
• Sijil Kematian Pekerja*
• Sijil Kelahiran bagi semua anak*
• Sijil Daftar Perkahwinan/Sijil Nikah*
• Kad Pengenalan balu/ duda (mana berkenaan)*
• Nombor dan salinan buku akaun bank pemohon
*Sila bawa bersama salinan asal untuk pengesahan PERKESO


Pembahagian Faedah
Berikut adalah pembahagian syer mengikut keutamaan:-
TanggunganBahagi atas kadar harian penuhSyarat
Balu atau Duda3/5Terima faedah seumur hidup meskipun balu atau duda berkahwin semula mulai atau selepas 1 Mei 2005
Anak - Semua anak yang memenuhi syarat layak mendapat faedah termasuk anak kandung, anak tiri yang disara, anak angkat atau anak luar nikah.2/5Terima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal). Jika sedang belajar di IPT, terima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal). Bagi anak yang terencat akal atau cacat anggota dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, terima faedah selama anak itu tidak berupaya menyara kehidupannya.


ii- Jika Orang Berinsurans meninggal dunia dan tidak meninggalkan balu atau duda atau anak, faedah orang tanggungan hendaklah dibayar kepada:
Tanggungan
Bahagi atas kadar harian penuh
Syarat
Ibubapa4/10Terima faedah seumur hidup
Adik-beradik3/10Terima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (yang mana lebih awal)
Datuk nenek (Sekiranya ibubapa tiada)4/10Terima faedah seumur hidup


iii- Jika tiada balu, duda atau anak yang layak, pemohon hendaklah menyerahkan:
• Borang Permohonan (Borang 24)
• Sijil Kematian Pekerja*
• Sijil Kelahiran pekerja yang meninggal dunia*
• Sijil Kelahiran kesemua adik-beradik (jika berkenaan)*
• Kad Pengenalan ibu/bapa atau penjaga atau nenek (jika berkenaan)*
• Nombor dan salinan buku akaun bank pemohon
*Sila bawa bersama salinan asal untuk pengesahan PERKESO

No comments:

Post a Comment